Thursday

Mengapa Mereka Murtad

15

Dua minggu lepas kita kecoh dengan serbuan Jais ke sebuah Gereja Methodist, Damansara Utama berhubung program memurtadkan beberapa saudara seagama kita. Lebih² lagi ianya dianjurkan ketika umat Islam sedunia sedang menjalani ibadat puasa.

Namun begitu, sudah menjadi lumrah mentaliti golongan melayu tipikal yang cenderung untuk menuding jari. Kita cukup laju menghentam. Habis jabatan agama dipersalah. Kononnya penyelewengan oleh masjid, pengurusan lembaga zakat yang lemah, pengagihan yg dibebani kerenah birokrasi, dan sebagainya.  


Tindakan masyarakat menghukum lembaga urusan zakat amat tidak wajar. Kita mendakwa permohonan yang sukar, proses yang lambat menyebabkan ramai orang miskin memilih jalan murtad. Bagi pendapat peribadi, itu sudah menjadi tanggungjawab pegawai2 di lembaga urusan zakat kerana zakat hanya layak kepada 8 asnaf sahaja. 

Andai kata zakat disalurkan kepada mereka yang tidak layak, maka mereka sudah leka dalam menjalankan amanah. Tambahan pula setiap tahun zakat memang sampai disalurkan kepada golongan yang layak. 

Malah, institusi masjid sudah berada dalam keadaan yang terbaik untuk membantu mereka ynag memerlukan. Organisasi masjid hari ini begitu tersusun dengan biro² yang dilantik, lebih2 lagi dalam menguruskan khairat kematian. 

Tapi ada pihak yang menuduh masjid² sibuk menggunakan dana untuk memperbesar fasiliti, membayar upah penceramah, dan lain2. Aku percaya tuduhan² ini dilemparkan oleh para keyboard warrior. Hebat menyalak di dunia internet sahaja. Mungkin terlebih membuang masa  menyebabkan mereka tidak arif dengan pengurusan masjid. Tahukah anda kos untuk sound system masjid yang berkapasiti sederhana saja sudah mencecah lebih daripada RM15 000? 

Memang wujud kelompangan, namun itu semua mustahil untuk menjelaskan isu ratusan ribu kes murtad di Malaysia hari ini. Pesalah utama adalah masyarakat kita sendiri yang menyebabkan orang2 miskin ini berubah angin. Mana perginya NGO², komuniti Islam kita yang prihatin? Apa kurangnya kita berbanding NGO² Kristian yang aktif menyebarkan dakwah mereka.

Entri ini sekadar pendahuluan atau pembuka bicara terhadap isu murtad di negara kita. Tak ramai orang mengerti mengapa mereka murtad. Percayalah duit bukan sebab utama.

Insya Allah berdasarkan sedikit pembacaan serta pengalaman peribadi, entri sambungan selepas ini akan mendedahkan beberapa faktor yang menyebabkan murtad di Malaysia. Mengapa mereka murtad?



15 comments:

RinsyaRyc said...Reply to comment

InsyaAllah kita jaga diri.. ^.~

follow blog sya balik ye.. TQ ^.!

http://bulatmata.blogspot.com/

a i m z said...Reply to comment

ermm. betol..

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

superb gila ubey! memang, mereka guna alasan duit tu je nak murtad. padehal? tahu salahkan pihak lain je. rasanya pihak zakat semua tu orang yang bertanggungjawab. mestilah kena ikut prosedur kan semua. bukan senang. amanah.

tak sabar nak tunggu sambungan.

azura said...Reply to comment

manusia itu tidak sempurna...lagikan cetek ilmunya...salah langkah tandus dunia...

Nizam Ijam said...Reply to comment

bahaya tol la.. murtad ni..xpercaya pada PENCIPTA....
cepat putus asa dengan dugaan..

sufiyyah zulkifli said...Reply to comment

xkenal DIA...
hu. itu sebabnya kena saling mengingati~
:D

inna_risna said...Reply to comment

bahaya sgtlah isu murtad nie...
kena ambil perhatian sbb takut nnt makin byk bilangan org islam yg murtad...

Pacifista said...Reply to comment

murtad ni dah wujud lama sejak zaman selepas kewafatan Nabi saw lagi.jaga2 la aqidah tu.zaman sekarang orang murtad ni macam takde takut apa2 langsung...

titan said...Reply to comment

sebab tu, jangan jadi miskin, jangan malas kerja dan jangan tak berusaha..kemiskinan tu..menghampiri kekufuran..bahaya..

ILA HonEyBuNNy said...Reply to comment

inilah segelintir manusia yang lalai dengan penciptanya...

tak belajar sedalam2nya ilmua agama dan mereka mudah lalai...;-)

Anonymous said...Reply to comment

kenapa NGO dan orang ramai yg salah?

Admin said...Reply to comment

@Anonymous

asal sampai org2 miskin ni kena minta bantuan dengan NGO kristian? mana NGO Islam?

fiezaradzi said...Reply to comment

yg penting setiap diri kita perlu tanamkan iman dalam diri, sebagsi pendinding.. maka kalau susah mana pun, masih ada iman yg insyaallah mampu menahan bisikan jahat..

Anonymous said...Reply to comment

How to helpp???

Anonymous said...Reply to comment

lantak ajelah..

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y