Jom fantasi. Jam pukul 9 setengah malam. Satu keluarga baru sudah makan malam di dapur. Ramai ramai duduk di ruang tamu. Semua ada. Mak, ayah, kakak, abang, adik lelaki perempuan sedang tonton tv. Tengah syok tengok tv, tiba tiba keluarlah iklan ini. "Ombak Besar, regangkan bla bla". Atau pun "Krim Payuda, mantapkan bla bla bla". Dengan gadis montoknya lagi. Awkward silence terus.
ok ni memang awek melayu seksi walau muka macam 40
Sensitif atau tak, itu terletak kepada interpretasi keluarga masing masing. Keberkesanan produk pun tak usah ambil kira. Cuma simpati dengan golongan perempuan yang kerap dimanipulasi asset mereka sebagai penghias iklan. Tonggeng sana tonggeng sini. Yang lelaki ternganga berair mulut tengok. Aku tak.
Lagi lagi dengan iklan penyembur ketiak; AXE. Kadang kala terfikir juga bagaimana iklan daripada syarikat Unilever itu boleh lepas Malaysia. Mereka meletakkan golongan perempuan sebagai murahan dan tiada moral. Boleh perempuan jatuh dari langit? Genggam botol sos sambil ketip bibir? Tak ada maksud lain. Iklan ajak beromen la tu.
Empat tahun lepas PC Fair di KLCC Convention Centre. Opening ceremony memang terbaik. Daripada entrance sampai setiap booth kedai semua dihiasi dengan model-model skirt atas paha sambil lambai senyum manja kepada pengunjung. Tu baru gajet komputer, industri permotoran yang dimonopoli lelaki pun tak akan berkembang maju tanpa model seksi kan.
Apapun, iklan memang antara komunikasi yang paling berkesan dalam pemasaran. Eksploitasi wanita memang sudah lama wujud. Di negara barat lagi berlambak penguasaan golongan wanita ini. Bulan puasa ni tak payah fikir sangat. Biarlah kena dari segi moralnya. Jaga tata susila. Buat apa tayang-tayang kan. Hehe
12 comments:
btol.iklan skang tah hape2..tak de tapis-tapis langsung...
hahaha no komen la...kah2!
salam eksploitasi laa ni ..
uhuh .. memang takleh wat pe .. masing2 jaga mata r
dah tayang... kami tengok jer laa... hehehe
latest entry Sesi TERJAH MENERJAH Blogger & Bila Perempuan KENCING BERDIRI
ekplotasi terhadap wanita..serius aku pun kalau tgh tengok movie dengan family ada part2 18sx segan oo..
hahahaaaa
aku tak..hahahaha. kelakar ayat tu.
tapi mmg malu kalau tengok dengan family. tibe2 keluar iklan tu. rasa mcm sunyi tibe2 semua and semua mesti terfikir ape la org lain fikir. huhu.
Sejak dulu zaman jahiliah lagi kan ...
mmg pun iklan kt msia skg lebih2 sudah.. tapi yg pelik de org pertikaikan iklan lelaki yg de watak sejarah dipermainkan dari pertikaikan iklan2 'lucah' sebegini..
sbgai pompuan, saya pun malu tgk.. huhu
@muhammad iqbal hakimi bin tahir
Tecate Titanium Sportsbooks - The Home of Titanium
In 2019, The Home titanium easy flux 125 of Titanium Sports Books, including the first sports books titanium earrings studs released in the ford edge titanium 2021 United babyliss pro titanium States ecm titanium were unveiled. Today,
check over here love dolls,dildos,sex doll,dildos,sex dolls,custom sex doll,vibrators,horse dildo,real dolls read this post here
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y