Monday

Blogger Yang Jilat Ludah Sendiri | Tips Menulis Blog

20

http://www.nycip.org/wp-content/uploads/blogging-tips-for-beginners.jpg 
Aku pun tak faham apa definisi penulisan yang blogger dok sebut2. Penulisan tu, penulisan ni. Ada yang boleh diterima hujah mereka. Namun banyak yang syok sendiri. Lebih kepada menghentam. Kutuk memang kaw2 punya. Bila aku selongkar entri2 mereka yang terdahulu, rasa macam jilat ludah sendiri pun ada.

Tak semua orang boleh menulis dengan menarik. Mungkin ada sesetengah blog sesuai menulis entri yang pendek, ada yang sesuai menulis panjang. Ada yang bersketsa dalam blog. Bergantung kepada kreativiti penulis itu sendiri. 


Pemilihan jenis ayat kena berhati-hati. Kadang2 bila bercerita tentang keluarga, kehidupan seharian, just straight forward. Gunalah ayat aktif, subjek sebelum predikat. Seolah2 kita berbicara dengan orang. Aku cium balak aku, saya ternampak blax2, dia lempang kekasih sekuat hati. Kalau nak bincang isu2 semasa, lebihkan ayat pasif. 

Pentingnya kata ganti diri. Aku, saya, penulis, banyak lagi. Sesetengah blog, penampilan diri ditonjolkan melalui kata ganti diri yang unik. Ikut cita rasa penulis. Namun tak usahlah terlalu strict sangat. Tak salah berubah2, bergantung kepada jenis artikel yang ditulis. 

Entri yang bersahaja, santai, umumnya menggunakan kata ganti diri pertama seperti saya aku. Kalau nak membincang ilmu2 yang memang kita pakar, ataupun menghormati ilmu serta topik yang ditulis gunalah kita, penulis. Jika berkebolehan, kurangkanlah penggunaan kata ganti diri seminimum mungkin. Malah kebanyakan penulis2 yang betul2 hebat dalam penulisan, penggunaan ayat songsang paling kerap ditemui. Google sendiri.

Selitkan ilmu, fakta. Aku pernah tanya diri sendiri mengapa blog2 agama seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Amin, dan Dr Asri boleh dibaca dari awal hingga penutup? Tanpa selintas lalu, aku baca satu persatu dengan khusyuk. Malah blog2 sukan seperti Suara Sukan, Kelate.net, dan banyak lagi yang tulisannya berjela-jela tetap tidak membosankan. Itu belum masuk lagi blog2 politik. Blog2 personal yang mempunyai topik yang variasi sepatutnya lebih menarik untuk dibaca. Tapi mengapa tetap bosan? Tepuk dada tanya selera.

Aku pun tidaklah pandai menulis, cuma ciri2 di ataslah yang membuatkan aku tertarik untuk membaca sepenuhnya entri2 blog rakan yang lain. Oleh itu, janganlah nak mendabik dada, kecoh2 pasal copy paste, tahap penulisan bagai. Bersederhanalah. Blogger baru, atau lama sama sahaja. Memang ada otai2 yang hebat menulis, tapi sebahagian besar hanyalah berkelebihan daripada segi ilmu SEO dan trafik sahaja. Penulis hebat yang sebenar beraksi di dunia persuratan. Menerbitkan buku, menyuarakan falsafah melalui tinta. Bukan berkokok di dalam internet.

p/s - Tak dinafikan. Banyak blogger yang boleh menulis dengan hebat dan berkesan. Tapi mereka tidak menghentam sesiapa. Sebaliknya beberapa sahaja yang kurang bijak menulis, sibuk menghentam. Tak best kan...

20 comments:

pyejal said...Reply to comment

cintailah bahasa yang digunakan dalam blog.. ejaan yang ntah apa2 juga boleh naikkan bosan pembaca. satu keja pulak nak faham perkataan daripada faham intipati entri tu..
to all bloggger gud luck! :)

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

peh. berkokok dalam internet. haha. kita ada jilat ludah sendiri tak? wa mmg tak ingat ah. kadang-kadang manusia mudah lupa kot. lagipon, maybe dia dah berubah and nak bagi nasihat dekat orang lain. entry dulu-dulu tu sayang nak buang. tu biar. ye dak? subjek predikat semua tu dah tak ingat. almaklumlah ilmu simpan dalam buku. tu main bantai jeh buat. sorry la kalau annoyed baca entry saya. :)

Admin said...Reply to comment

@.izzati liyana.

ape ko ngarut ni zati. Haha. Lain peluru, lain burung yang jatuh

puanbee said...Reply to comment

sebab tu saya kureng nk bagi tips takut2 ada tak kena dengan tips saya , almaklumlah saya pun byk nk kena belajar ni .. apa pun nice entri!

Izzati Liyana Sabri said...Reply to comment

@Ubey

saya tidak membawa maksud apa-apa. hihi. serius ni ohh. :P

ILA HonEyBuNNy said...Reply to comment

betul juga dan ada benarnya...

nanti kena hati2 la dalam menulis...sebab semua membaca kan...;_)

titan said...Reply to comment

setuju. Menusuk ke kalbu. Hehe..

Biha Petom said...Reply to comment

yeah! biha stuju dgn pandangan ubey tu, hehe..masing2 cube cari smthg yg bole menarik pembaca..tak kire la blogger baru atau lame, yg penting masing2 kne bijak variasi kn penulisan. sy pun still merangkak lg ni, hehe

inna_risna said...Reply to comment

mcm nak masuk kelas tatabahasa melayu..hehe!

puanbee said...Reply to comment

@.izzati liyana.heh tak pe... jangan risauuuu

dhiera zainudin said...Reply to comment

nice bro~ he
selalu terbaca orang complain itu dan ini. tapi saya sendiri menulis pun tak hebat mana. cuma minat itu ada. he

juanita said...Reply to comment

Menulis bukan kerana nama :)
Menulis untuk dikongsi

RinsyaRyc said...Reply to comment

hehehehe.. thanks 4 the information^^

Pacifista said...Reply to comment

jangan melampaui batas sudah.selain tu nak kejar apa yang dikejar,kejarlah.jangan usik orang yang tak usik kita :D

fiezaradzi said...Reply to comment

mungkin die beri pendapat kot.. berdasarkan pengalaman lalu.. tak pe, yg baik, kita mabil, yg tak, kita tinggalkan.. ok tak?

Admin said...Reply to comment

@titan

blog cikgu titan jauh lebih hebat. tempat aku menuntut ilmu secara senyap2. harap sume blogger boleh contohi cikgu titan ni

Faris said...Reply to comment

Terima kasih kerana berkongsi dengan kami semua disini...aku ni blogger newbie yang baru saja join dunia blogging ni...

Nizam Ijam said...Reply to comment

wah..terbaik! :)

sufiyyah zulkifli said...Reply to comment

la. la. la.
blog aku jenis apa ya? bau nasi minyak? ;p
xde.
hm. kau memang boleh jadi penganalisis bahasa ubey! ^.^

Nalisa Syahira said...Reply to comment

buat karangan pakai ayat songsang boleh dpt markah lebih , ahha .

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y