Tuesday

Jawapan SPR Berhubung Isu Tuntutan Bersih 2.0

4


Record not found. Itulah respon daripada laman semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Penulis telah mendaftar sebagai pengundi di kaunter bergerak SPR di kampus pengajian pada awal Januari 2011. Umum mengetahui bahawa status daftar pengundi baru boleh disemak sekarang. Apatah lagi media-media kerajaan sekarang sibuk dengan kempen 'Bulan Semak Daftar Pemilih'. 

Namun, persoalan utama adalah rekod daftar pemilih yang baru diwartakan ini meliputi suku pertama sahaja, iaitu Januari - Mac. Oleh itu mengapa pendaftaran penulis pada awal Januari dinafikan haknya sebagai pengundi? Tidak timbul isu permohonan tak lengkap kerana telah disemak oleh pegawai SPR di sana. Tanpa melengahkan masa, penulis terus mengisi borang aduan dan maklumbalas untuk mendapat perhatian pihak mereka.Panas sedikit reda, akhirnya terluah juga geram.

Tipikal laman web kerajaan. Interface yang tidak menarik dan kurang mesra pengguna. Namun yang menarik perhatian adalah pengumuman di papan notis laman tersebut. Bertarikh 13 Julai 2011. Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihanraya. Buku (format PDF) ini merupakan suatu penjelasan yang diterbitkan bagi membetulkan dakwaan-dakwaan yang cuba ditimbulkan oleh beberapa pihak kepada SPR. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum dengan kewujudan buku penjelasan ini. Namun, penulis sekadar ingin berkongsi beberapa input yang mungkin kita boleh ambil. Sekurangnya menambahkan lagi ilmiah di dada.

Kita sedia maklum bahawa kredibiliti SPR sedikit tercalar sejak akhir akhir ini. Apatah lagi, 9 Julai 2011 lepas memperlihat satu lagi kebangkitan rakyat untuk menyatakan suara melalui perhimpunan beramai ramai di Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dihadiri oleh lebih kurang 50 000 orang itu sedikit sebanyak memberi tamparan hebat  sama ada dari segi ekonomi, perundangan, atau imej kepada negara. Mereka membuat lapan tuntutan berkenaan isu pilihan raya. Jika diteliti tuntutan tersebut memang ada lojiknya. Apa kata SPR?
 
Muat turun Buku Penjelasan Terhadap Isu-Isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya  di laman web SPR atau terus ke fail PDF tersebut.

Sedikit jawapan yang telah diringkaskan:
  • Proses pembersihan daftar pemilik dilakukan setiap hari. Jika melibatkan kematian, SPR menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Untuk isu pendaftar secara automatic, alamat menetap tidak semestinya sama dengan kad pengenalan. Malah ia akan menyebabkan pertindihan dengan beberapa fasal di bawah perlembagaan.
  • SPR sentiasa mengkaji langkah yang paling efektif untuk memantapkan pengundian pos. Antaranya pengundian awal  tapi tidak tertakluk kepada pelajar di luar negara, mereka yang bertugas di luar negara, serta anggota tentera dan polis yang agak sukar untuk tujuan pengumpulan melaksanakan undi.
  • Menggunakan kaedah biometrik untuk menggantikan cadangan penggunaan dakwat kekal. 
Suka untuk dinyatakan di sini bahawa penulis mengambil sikap se'neutral' mungkin dalam perkara ini. Tidak adillah jika kita mendengar isu tuntutan daripada sebelah pihak tanpa mendengar suara dari pihak yang lagi satu. Bacalah sekadar ambil tahu. Jika berkesempatan; telitilah mana yang lebih telus, mana yang seolah menyembunyikan sesuatu, mana yang lebih kepada provokasi, atau mana yang memutar belit fakta. Tepuk dada, tanya selera.

4 comments:

Azah said...Reply to comment

ko ni amek egineering ke akaun ke sastera? huhu... ayat cantik!
mmm.. ak x daftar lg SPR, x pernah diexposed kepada benda ni. even kakak ak pun x tau apa benda nye SPR ni (nmpk sgt menipunya...).. haha... tp, tunggu dia dulu la.. x nak langkah bendul :P

Admin said...Reply to comment

@Azah

ak br abes diploma akaun aritu. haha. ak ase mu umo lyk ngundi doh an. dftr la. bgs ni

zulkbo said...Reply to comment

salam..
jadi kalau mengundi
tahun ni dak boleh
mengundi lagi la ye?
ermm..simpati..
:(

ub3y said...Reply to comment

@zulkbo
minta2 sempat la. bimbang sangat ni. huhu. nak gak merase camne mengundi

Post a Comment

Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y