Program menternak lemak setelah dua minggu bermula masih berjalan seperti biasa, tambahan pula raya Aidiladha yang sudah tentu memberi kesan berlipat kali ganda. Cabaran atau kehidupan?
Bulan Disember adalah sinonim bagi sebilangan besar rakyat Malaysia dan masyarakat di garis khatulistiwa umumnya sebagai cuti sekolah; situasi yang sama dialami oleh mereka di negara beriklim empat musim yang turut menanti cuti musim panas. Mimpi zaman sekolah yang sudah tidak mampu menjadi kenyataan. Fitrah barangkali, rata-rata pelajar sudah pasti ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara namun peluang yang membezakan segalanya. Hehe. Lupakan negara yang tengah bersalji sekarang... Berdiri di atas tapak kaki sendiri dan pandang langit membiru yang sentiasa panas dan hujan setiap tahun.
Cuti yang membosankan. Benda sama yang diulang hampir setiap masa... download movie pada siang hari untuk tontonan tengah malam, rokok, keluar lepak dengan orang yang sama hampir setiap hari, Kbmall, Hayaki, bandar Kota Bharu dsb, main pool (jimat duit, main snooker lambat habis), balik rumah download movie balik untuk tontonan esok pagi. Sepatutnya cuti digunakan untuk elak blog daripada bersawang. Banyak benda ingin ku coret, ingin berkongsi di dalam blog namun pemilihan amat sukar kepada melibatkan prinsip. Blog umpama seni, memerlukan ilham jika genre blog yang anda bawa berbentuk variasi. Melainkan blog anda adalah diari harian, koleksi tag, serta copy paste hasil penulisan orang lain.
Adakah anda syok sendiri? Kita menulis bagai nak rak namun tiada respon dari pembaca. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini memandangkan sejak awal lagi kita sudah lari dari tujuan asal. Sedar atau tidak, blog-blog yang santai sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung. Bahan bacaan yang ringan, kisah artis, gosip sesama blogger, dan contest yang pelbagai sememangnya membawa keunikan tersendiri. Penuh dengan komen, pengunjung dan pada masa yang sama membantu menaikkan traffic. Pada masa yang sama ada yang bergaduh dalam blog, saling mengutuk, dan menggunakan bahasa yang kasar. Penulis tidak mahu menyentuh lanjut isu ini. Cuma apa yang ingin diutarakan adalah kelainan dalam menyampaikan sesuatu . Semoga pengunjung dapat menerima perubahan yang penulis ingin bereksperimentasi ini
Satu fenomena yang amat jelas dimana kecenderungan memilih kawan blogger amat mendukacitakan. Kita melihat blog-blog yang sudah lama bertapak masing-masing mempunyai traffic yang tinggi dan rakan mereka juga turut berada ditahap yang sama. Itu adalah satu situasi sihat kerana mereka berhempas pulas sejak awal penubuhan sehingga hari ini. Namun yang menjadi bahan ketawa apabila ada yang mahu popular dengan cepat. Blog yang baru lahir sepatutnya mempunyai motivasi mahu menongkah arus sebaliknya turut hanyut bersama-sama blog yang bergenre serupa. Mereka rakus mengejar traffic namun tidak mempunyai asset.
Sabarlah wahai kawan2. Slow and Steady. Hehe. Hak individu itu sendiri untuk mencorakkan blog. Namun persoalan utama, apakah nilai blog kita? J
P/s - ntah sape la yang rekomen Mamak Spicy kt kb. adoiii!!!! x bes langsung. dhla pekerja bangla, bkn mamak. kedai pn decorate cm ala melayu. owner pn melayu, asal Gua Musang. lalala~ cume roti kosong mmg sedap
bosan2 blah~
sepam yang berpam2~
0 comments:
Post a Comment
Pendapat penulis tidak semestinya tepat. Sebarang komen, ulasan, atau kritikan dialu-alukan. Terima Kasih daripada ub3y