Showing posts with label Kemerdekaan 2011. Show all posts
Showing posts with label Kemerdekaan 2011. Show all posts

Wednesday

Selongkar Tema Hari Kebangsaan Malaysia

11

Ada banyak cara untuk menghayati sejarah. Tidak sekadar menghafal tarikh pengisytiharan kemerdekaan negara, tak cukup dengan mendapat A dalam subjek sejarah, apatah lagi dengan mengibar Jalur Gemilang. Apa gunanya mendesak rakyat menghayati, tetapi tidak diajar mengenali.

Walaupun kadang kala maklumat sejarah tidak boleh diyakini seratus peratus tepat. Namun, kita bukan melihat daripada segi fizikal tetapi nilai sejarah itu sendiri. Semua yang telah berlalu asalkan boleh diambil pengajaran, itulah sejarah.

Begitu juga dengan tema Hari Kebangsaan Malaysia. Sejak diperkenal pada tahun 1970 dengan tema 'Muhibah dan Perpaduan', ia memberi gambaran signifikan terhadap usaha kerajaan untuk mencegah peristiwa 13 Mei 1969 daripada berulang. Cuba hayati satu persatu.


1970           Muhibah dan Perpaduan
1971           Masyarakat Progresif
1972           Masyarakat Adil
1973           Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974           Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975           Masyarakat Berdikari
1976           Ketahanan Rakyat
1977           20 Tahun Bersatu Maju
1978           Kebudayaan Seni Perpaduan
1979           Bersatu Berdisiplin
1980           Berdisiplin Berbakti
1981           Berdisiplin Berharmoni
1982           Berdisiplin Giat Maju
1983           Bersama ke Arah Kemajuan
1984           Amanah Asas Kejayaan
1985           Nasionalisme Teras Perpaduan
1986           Bangsa Tegas Negara Teguh
1987           Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990          Berjaya
1991          Wawasan 2020
1992          Wawasan Asas Kejayaan
1993          Bersatu Menuju Wawasan
1994          Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995          Jatidiri Penggerak Wawasan
1996          Budaya Penentu Kecapaian
1997          Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998          Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999          Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007          Malaysiaku Gemilang
2008          Perpaduan Teras Kejayaan
2009          1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010          1Malaysia Menjana Tranformasi
2011          1Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Kita boleh nampak betapa pentingnya perpaduan yang diterapkan oleh kerajaan melalui tema Hari Kemerdekaan sejak 30 tahun lepas. Biarlah 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam Malaysia. Tugas generasi sekarang adalah untuk mencorakkannya kembali. Perbezaan ideologi politik bukan penghalang untuk kita mencari interception, titik asas perpaduan rakyat hari ini.

Merdeka kalau didenifisikan sebagai bebas, itu salah. Kita merdeka sebab kita bersatu. Tanpa penyatuan antara kaum, tak mustahil akan timbul rusuhan kaum di Malaysia ini. Sudahlah mentaliti terjajah, inikan pula perpaduan  yang kerap dicolok.

Kerana ada banyak cara untuk menghayati sejarah, walau pun dengan tema Hari Kebangsaan. Selamat menyambutnya buat kali ke 54

Read more